


26.Ogos...Sk Tualang Tinggi telah mengadakan program Kayuhan Merdeka. Seramai 120 murid tahap 2 telah berkayuh sejauh 26km melalui 4 buah sekolah iaitu Sk Tasek Pauh, Sk Jelor, Sk Kubang Telaga dan Sk Keting. Program ini dapat mengeratkan lagi murid dan guru di antara keempat-empat buah sekolah. Bagi Murid yang tidak menyertai Kayuhan Merdeka, acara dewan seperti pertandingan lagu patriotik, deklamasi sajak dan pertandingan mewarna disediakan. Berita selanjutnya berkenaan program ini juga boleh didapati di dalam akhbar Sinar Harian 28 ogos 2008.













No comments:
Post a Comment